KYIV: Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala 10 lagi cedera termasuk pelajar asrama, dalam serangan peluru berpandu Russia di ibu negara Ukraine, Kyiv, pada Isnin.

Pihak berkuasa, berkata serangan lewat malam itu menyasarkan sebuah institusi pendidikan, kawasan kediaman, stesen metro bawah tanah dan kemudahan perubatan.

Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko, berkata mangsa terkorban berhampiran sebuah pasar raya dan ditemui di sebuah bangunan pangsapuri yang mengalami kerosakan teruk.

Beliau berkata, 10 mangsa yang cedera pula kebanyakannya berada di luar asrama pelajar Universiti Perdagangan dan Ekonomi Negeri di bahagian timur Sungai Dnipro.