Kuala Lumpur: Pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168 antara dua lelaki ditahan polis susulan rampasan 1.16 tan ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 45 dan 44 tahun itu ditahan di Johor Bahru pada Ahad lalu.
Menurutnya, lelaki berusia 45 tahun itu adalah pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168, manakala lelaki berusia 44 tahun pula ejen atau broker penjualan kapal berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati kapal itu dibeli pada April lalu untuk dijual semula selepas kerja refurbished (baik pulih) bagi mendapatkan keuntungan.









