Tawau: Wanita warga Indonesia dipenjara 30 bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini,hari ini, selepas mengaku salah memandu berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan meragut nyawa rakannya, bulan lalu.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Risna, 26, selepas tertuduh membuat pegakuan itu sebaik tuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan Risna dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda, manakala hukuman penjara 30 bulan diperintahkan berkuat kuasa mulai hari ini.

Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa memandu sebuah Proton Saga secara berbahaya kepada orang awam, di Batu 16 Jalan Apas pada kira-kira jam 3 petang, 26 September lalu, mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.