DALAM tulisan lalu, penulis mengupas pandangan Dr Elizabeth McKenna, seorang pakar sosiologi politik menerusi artikelnya 'Bolsonaro Is Not Brazil's Only Problem'.

McKenna mengingatkan ancaman terhadap demokrasi bukan berpunca daripada seorang pemimpin, tetapi daripada kekuatan jaringan sosial dan organisasi membentuk kesetiaan politik masyarakat.

Kini, kemenangan Luiz Inacio Lula da Silva pada pilihan raya Presiden Brazil memberikan dimensi baharu kepada perbahasan itu.

Pada Ahad lalu, Lula mencatat kemenangan bersejarah untuk penggal keempat, memperoleh 51.79 peratus undi menewaskan Flavio Bolsonaro yang meraih 48.21 peratus. Lebih menarik, Lula sebelumnya ketinggalan lebih dua juta undi dalam pusingan pertama.