KUALA LUMPUR: Dua gelaran dalam aksi jelajah Eropah menjadi bukti awal percaturan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, melakukan rombakan gandingan mula membuahkan hasil, sekali gus menjawab kritikan yang dilemparkan sebelum ini.
Kejayaan Aaron Tai-Yap Roy King menjuarai Terbuka Artik, diikuti Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang merangkul gelaran Terbuka Perancis, mengukuhkan keyakinan terhadap pendekatan Herry yang sebelum ini menerima pelbagai kritikan susulan percubaan beberapa gandingan baharu.
Herry menegaskan, beliau lebih memahami keperluan pemain berbanding netizen yang hanya membuat penilaian dari luar, sambil menyifatkan setiap percaturan dilakukan demi kebaikan badminton negara.









