KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi menolak tanggapan bahawa semua golongan selebriti senior cenderung mencari kesilapan artis generasi baharu yang kononnya tidak setanding kehebatan generasi terdahulu.

Bercakap berdasarkan pendekatan peribadi, Aznil atau mesra disapa Pak Nil, 64, sebaliknya percaya, ada sesetengahnya selesa mengambil pendekatan membimbing dan meletakkan diri sebagai seorang guru yang sentiasa berlapang dada menurunkan ilmu kepada pelapis industri penyiaran.

“Saya bukan jenis veteran yang kutuk artis baharu kononnya zaman dulu lebih hebat. Saya melihat diri saya sebagai guru.

“Kadang-kadang saya DM (mesej langsung) terus artis baharu bertanyakan ‘nak belajar tak? ada benda tak betul hari itu.’