KETIKA kanak-kanak pada usia tujuh tahun lain mahu belajar membaca dan mengeja, berbeza pula buat pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang seni sejak kecil.

Mengimbas kembali memori zaman kanak-kanaknya, Fauziah berkata, jalan buatnya untuk masuk ke dunia seni terbuka seawal usia tujuh tahun apabila mula didedahkan dengan bidang berkenaan.

Menurutnya, gurunya ketika di sekolah rendah sering mengajar pelbagai seni tarian serta menggunakan mulut untuk menghasilkan irama muzik.

"Zaman saya sekolah masa darjah satu, saya ingat lagi arwah Cikgu Maryam Jamaludin memang mendidik murid bukan sekadar mengira dan membaca, malah arwah turut mengajar kita menari juga.