PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), Puan Sri Tiara Jacquelina terkilan apabila hampir 22,000 peminat tidak berpeluang untuk mendapatkan tiket pementasan teater tersebut susulan jualan tiket yang ‘laku keras’ baru-baru ini.
Menurut Tiara, dia menerima pelbagai respons daripada orang ramai termasuk rayuan yang sanggup duduk di mana-mana tempat di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) Sunway Square iaitu lokasi pementasan PGLM.
“Ada yang merayu kepada saya, mereka kata sanggup berdiri dan duduk di tangga asalkan dapat menonton PGLM.
“Terus-terang saya rasa sangat bersalah dan kasihan kepada 22,000 orang yang masih beratur dalam talian tetapi tidak berpeluang membeli tiket sebab sudah ‘sold out’.










