Ketua Polis Indonesia, Suyudi Ario Seto (tengah) menunjukkan bungkusan mengandungi 1.16 tan ketamin dan 1.2 tan methamphetamine dalam sidang media di Belawan, Medan. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Polis mengenal pasti beberapa individu dan syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan rampasan 1.16 tan ketamin daripada sebuah kapal tangki di perairan Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara, Indonesia pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata polis sedang mengesan individu yang terlibat dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat, lapor Harian Metro.

"Kita akan menjalankan tangkapan secepat mungkin. Kemungkinan pada hari ini ataupun esok. Kita perlu membuat siasatan secara terperinci supaya tindakan kita selaras dengan kehendak undang-undang.