Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada kawasan Parlimen dipinggirkan dalam agihan peruntukan pembangunan kerana kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan rakyat di setiap kawasan.

Anwar berkata, perkara itu diputuskan Jemaah Menteri supaya semua kawasan Parlimen, termasuk diwakili pembangkang diberikan pertimbangan sewajarnya dalam agihan peruntukan berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, tiada mana-mana pihak dipinggirkan sama ada di peringkat kawasan Parlimen atau negeri.

Katanya mengambil contoh di Terengganu, jumlah keseluruhan peruntukan Persekutuan kepada negeri yang ditadbir pembangkang itu meningkat daripada RM6 bilion ketika pentadbiran terdahulu, kepada RM8.2 bilion pada 2027 di bawah Kerajaan MADANI.