Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan bimbang tiada undang-undang atau garis panduan khusus wajibkan peruntukan kawasan diberikan kepada semua wakil rakyat tidak kira kaitan politik. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen kecewa apabila Belanjawan 2027 tidak turut mengandungi pengumuman bahawa kerajaan akan menggubal rang undang-undang (RUU) bagi menjamin peruntukan kawasan bagi semua wakil rakyat tanpa mengira kaitan politik.

Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkata, beliau kekal bimbang kerana 'masih tiada undang-undang atau garis panduan yang mewajibkan peruntukan kawasan diberikan kepada semua wakil rakyat'.

Bagaimanapun, tegasnya, agihan peruntukan tidak sepatutnya sama rata bagi setiap kawasan Parlimen kerana ini tidak adil memandangkan terdapat perbezaan dari segi saiz kawasan dan jumlah pengundi.