KEMAMAN – Peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Terengganu pada tahun hadapan dijangka melebihi RM1.8 bilion yang diterima tahun ini, susulan pembentangan Belanjawan 2027, semalam.
Pengarah Pembangunan Persekutuan Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif berkata, meskipun belum diperincikan namun pihaknya optimis projek pembangunan fizikal dan sosial untuk manfaat rakyat dijangka diteruskan khususnya bagi bidang pendidikan, kesihatan serta usaha menangani masalah banjir dan hakisan pantai.
“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan memastikan projek pembangunan yang diluluskan dapat memberi faedah kepada seluruh penduduk negeri ini.
“Kerjasama antara agensi kerajaan Persekutuan dan negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, terutama melibatkan keperluan mendesak rakyat,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Terenggan









