KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.15 mata atau 0.45 peratus kepada 1,611.51 daripada 1,604.36 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi kepada 1,607.34.
Dalam pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 320 berbanding 83 manakala 224 kaunter tidak berubah, 2,266 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung dagangan.








