MUMBAI: Serangan tembakan terhadap pelakon Bollywood, Tiger Shroff, mengimbau era ketika dunia jenayah terancang mempunyai pengaruh besar terhadap industri perfileman India.
Baru-baru ini, Shroff, 36, dilapor bermain bola sepak di Juhu, iaitu kawasan kejiranan mewah dan menghijau di sini, yang menjadi kediaman ramai bintang filem serta tumpuan peminat yang mahu bertemu selebriti.
Namun, ketika pelakon itu meninggalkan padang dengan menaiki kereta BMW, beberapa das tembakan dilepaskan. Pemandunya dilapor cedera, begitu juga seorang pencipta kandungan video yang datang untuk merakamkan pelakon berkenaan.
Shroff yang sering membintangi filem dengan babak aksi kompleks dan adegan melarikan diri yang dikoreografikan, kali ini berdepan sendiri dengan cubaan tembakan sebenar.








