Paris: Paris Saint-Germain (PSG) merampas kedudukan teratas Ligue 1 selepas menewaskan Lyon 2-0 di Parc des Princes, awal pagi tadi, dengan Mika Godts mencetak gol sulungnya bersama juara Eropah itu.
Pemain antarabangsa Belgium yang menyertai PSG dari Ajax pada jendela perpindahan musim panas itu masuk sebagai pemain gantian sebelum mencipta bantuan jaringan buat Senny Mayulu pada minit ke-72, sekali gus memecah kebuntuan.
Godts kemudian melengkapkan kemenangan PSG menerusi jaringan pada minit ke-84, membolehkan pasukan itu merekodkan kemenangan kelapan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Kejayaan itu menyaksikan PSG mengumpul kelebihan satu mata di puncak liga berbanding Rennes, yang sebelum ini mendahului carta selama 24 jam selepas menewaskan Strasbourg 3-0, semalam.






