Kuala Lumpur: Isu Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, kesesakan di hospital kerajaan dan langkah memperkukuh pemetaan risiko bencana di Malaysia antara perkara yang dijadualkan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) meminta Menteri Kesihatan untuk menyatakan komitmen agar draf Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dibentangkan untuk bacaan kali pertama sebelum akhir 2027, selaras aspirasi reformasi Kertas Putih Kesihatan 2023.
Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) pula bertanya kepada Menteri Kesihatan mengenai isu kesesakan berterusan di Jabatan Kecemasan, termasuk purata tempoh menunggu pesakit serta langkah konkrit mengatasi kesesakan agar pesakit tidak terus menunggu lama dan mendapat rawatan.






