Kuala Lumpur: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborongan, pengimportan dan pengeksportan buah-buahan serta sayur-sayuran ditahan selepas disyaki terbabit dalam penipuan RM1.65 juta berkaitan pembelian dusun durian.
Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan pada Februari 2024, namun urusan pembelian dusun durian berkenaan tidak menjadi kenyataan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi.






