KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pemborong, pengimport serta pengeksport buah dan sayur-sayuran dijangka didakwa di mahkamah hari ini kerana disyaki terbabit penipuan urusan pembelian dusun durian bernilai kira-kira RM1.65 juta.

Suspek berusia lingkungan 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada Februari 2024, bagaimanapun urusan pembelian dusun durian terbabit tidak berlaku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan itu.