PUTRAJAYA – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan serta sayur-sayuran ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan berkaitan urusan pembelian dusun durian bernilai kira-kira RM1.65 juta.Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Isnin.Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Februari 2024.Bagaimanapun, urusan pembelian dusun durian berkenaan dipercayai tidak pernah berlaku.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Shah Alam pada pagi Isnin.
CEO syarikat ditahan kes tipu beli dusun durian RM1.65 juta

Key takeaways
Seorang CEO syarikat buah-buahan ditahan kerana disyaki tipu beli dusun durian bernilai RM1.65 juta.
- CEO syarikat ditahan oleh SPRM pada Isnin.
- Siasatan mendapati pembelian dusun durian tidak pernah berlaku.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan penahanan tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bekas CEO, CFO TH didakwa tipu nilai tiga hartanah RM3.3 bilion
- Sinar Harian CEO syarikat ditahan kes tipu beli dusun durian RM1.65 juta (this story)
- Berita Harian Penipuan dusun durian RM1.65 juta, CEO didakwa pagi ini





