SEIRING perkembangan teknologi, aplikasi navigasi kini menjadi sebahagian daripada kemudahan digital yang sering digunakan dalam kehidupan seharian, khususnya ketika memandu.

TuJu merupakan salah satu aplikasi navigasi yang direka untuk membantu pengguna mencari lokasi dan mendapatkan panduan perjalanan berdasarkan destinasi dituju.

Aplikasi itu boleh menjadi salah satu pilihan kepada pengguna yang memerlukan panduan arah ketika melakukan perjalanan, sama ada untuk urusan harian, bekerja, bercuti atau meneroka kawasan baharu.

Berbeza dengan aplikasi navigasi lain, TuJu membolehkan pemandu mengakses status trafik masa nyata yang sangat tepat serta melihat strim langsung menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya.