DI sebalik tohmahan dan khabar angin liar yang berlegar dalam laman sosial seperti menjalin hubungan sulit dengan individu kenamaan, pelakon Ruhainies nekad membawa pihak yang memfitnahnya ke muka pengadilan demi membersihkan maruah diri dan keluarga yang dipijak-pijak.

Pelakon berusia 34 tahun itu menegaskan kesabarannya selama tiga tahun kini sudah sampai ke kemuncak selepas tohmahan tidak berasas tersebut berlarutan sehingga menjejaskan kerjaya dan kesihatan mentalnya.

Pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu berkata, tindakan undang-undang dilakukan apabila sikap berdiam dirinya selama ini disalah erti dan diambil kesempatan segelintir pihak.

“Mestilah ada rasa sedih dan tertekan, terutamanya keluarga termasuk ibu bapa yang kerap bertanya kenapa selama ini berdiam diri dan membiarkan orang memijak saya.