BARCELONA – Hasrat Barcelona untuk melakukan kebangkitan tidak tertunai apabila terpaksa akur tewas 1-2 kepada musuh tradisi, Real Madrid pada aksi La Liga yang berlangsung di Camp Nou awal pagi semalam.
Dua gol menerusi Kylian Mbappe meranapkan impian The Catalans untuk mengekalkan aksi tanpa kalah dalam saingan liga musim ini manakala gol saguhati pasukan tuan rumah dijaringkan Raphinha.
Jurulatih Barcelona, Hansi Flick menyuarakan rasa kecewa dengan keputusan itu memandangkan mereka turut tewas 2-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu.
“Dua kekalahan berturut-turut untuk kami dan sudah pasti saya tidak gembira. Secara jujur, kami menampilkan aksi bawah paras sebenar di separuh masa pertama tetapi ia dapat diperbaiki selepas waktu rehat.








