PETALING JAYA – “Bila kita tak nak beli rumah sebab suka sewa boleh berpindah-randah, okey, tak salah. Cuma bila dah tua, anak-anak dah mula kerja…jangan paksa mereka pula beli rumah buat kita.”
Itu pesanan Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad mengenai sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang ‘menggunakan’ anak-anak demi kehendak sendiri.
Beliau menegaskan, jangan jadikan anak-anak sebagai mesin duit persaraan diri kerana mereka juga mempunyai impian hidup.
“Kesilapan kita bab urus duit, kita nak anak-anak kita tanggungjawab. Anak-anak baru nak menikmati hidup, kita dah suruh mereka beli rumah buat kita.









