KUALA LUMPUR: "Jangan sampai mereka sudah tiada baru kita mahu mencari, kerana itu adalah penyesalan yang tiada penghujung."
Begitu luahan pempengaruh dan penyanyi, Cik B, 21, yang menasihati masyarakat agar sentiasa berhubung dan menjaga silaturahim dengan ibu bapa masing-masing sementara mereka masih ada hayat.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh ibunya, usahawan Datuk Seri Vida, Cik B menzahirkan rasa penyesalan mendalam berhubung hubungannya dengan arwah bapanya, Mohammad Amin Yasin yang meninggal dunia pada 23 Oktober lalu.
Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin berkata, jalinan hubungan dengan ibu bapa adalah satu kewajipan tanpa mengira sama ada mereka hidup bersama atau sudah berpisah.









