KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang memperkenalkan rang undang-undang (RUU) khusus bagi memperketat tadbir urus entiti milik kerajaan bagi mengelakkan penyelewengan seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji berulang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, undang-undang itu penting bagi memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan berkanun diurus secara telus serta tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi atau keluarga.
Menurut beliau, RUU berkenaan akan memperuntukkan peraturan lebih jelas bagi menga









