PETALING JAYA – “Tak perasan langsung ada ular berbisa atas dahan pokok. Padahal baru lepas lalu bawah pokok tu.”

Itu perkongsian seorang lelaki yang terkejut apabila menyedari seekor ular berbelang hitam dan kuning sedang ‘bersantai’ di atas sebatang pokok selepas sibuk memotong rumput serta membersihkan sebuah kawasan semak samun.

Menerusi hantaran di media sosial, lelaki itu yang menggunakan profil @Gmannordin berkata, dia baru sahaja melalui kawasan bawah pokok tersebut.

“Allahuakbar, meremang bulu roma sekejap. Tengah sibuk mesin rumput dan bersihkan kawasan tak perasan langsung ada ular berbisa atas dahan pokok. Nasib tak kena ‘drop call’ (menjunam) dari atas! Alhamdulillah, Allah masih pelihara. Betul-betul tak nampak tadi,” katanya.