KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Entiti Milik Kerajaan bagi memperketat kawal selia, tatakelola dan pengurusan kewangan badan serta agensi kerajaan, dengan sasaran ia dibentangkan serta diluluskan di Dewan Rakyat tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, undang-undang itu penting bagi memastikan badan dan agensi kerajaan, termasuk entiti berkaitan Bumiputera, tertakluk kepada peraturan lebih ketat bagi mengelakkan ketidakaturan yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit."Insya-ALLAH akan membentangkan rang undang-undang badan (entiti) milik kerajaan ini untuk kawal selia supaya peraturan itu lebih kemas."Jadi mudah-mudahan kita dapat luluskan tahun ini juga supaya semua agensi kerajaan tertakluk kepada peraturan yang lebih ketat," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) yang meminta penjelasan mengenai langkah kerajaan dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memperketat prosedur kewangan, khususnya dalam kelulusan pelaburan berskala besar oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).AKAN MENYUSUL