Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk mengemukakan calon EXCO baharu selepas pelantikan mereka sebelum ini dibatalkan, sehingga perkara itu diselesaikan di mahkamah.
Beliau berkata, setakat ini, pentadbiran kerajaan negeri kekal tanpa EXCO.
"Setakat ini (pelantikan EXCO baru) belum lagi.. tidak bercadang (lantik EXCO baharu). Kalau setakat ini macam itu la (tunggu keputusan kes mahkamah)... tapi tengok macam keadaan itu.
"Kita dah bawa ke mahkamah, kita tunggulah keputusan mahkamah, tapi mungkin ada perbincangan dan sebagainya, saya tak pasti," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Sekolah, Gedung Lalang Ampangan, di sini, hari ini.










