KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Entiti Milik Kerajaan bagi memperketat tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi berkaitan bagi mengelakkan penyelewengan seperti pernah berlaku melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda dan Tabung Haji.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu bertujuan mewujudkan peruntukan undang-undang dan peraturan lebih jelas bagi memastikan setiap entiti milik kerajaan, termasuk syarikat subsidiarinya, tertakluk kepada mekanisme kawal selia yang berkesan.Beliau berkata, pengalaman lalu menunjukkan terdapat kelemahan dan pelanggaran serius dalam pengurusan beberapa institusi kerajaan seperti yang didedahkan menerusi laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pasukan petugas khas serta kertas putih berkaitan."Cadangan kita untuk bentangkan RUU itu bukan sahaja (perkukuh) dari segi tatakelola tapi memperuntukkan dalam peraturan dan undang-undang yang sangat jelas untuk mengawal selia."Sebab itu saya rasa RUU itu menetapkan kaedah yang ketat…walaupun GLC, soal tadbir urus mesti diperketatkan. Hak-hak kuasa dan tokoh-tokoh yang diletakkan itu mesti lebih bertanggungjawab, tidak menjadikan ini sebagai hak milik peribadi dan keluarga," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. - Bernama