IPOH - Polis sedang menyiasat dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk berusia 56 tahun terhadap seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15A(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 susulan laporan yang diterima daripada ibu mangsa pada 24 Oktober lalu.Menurutnya, pengetua terbabit turut membuat laporan polis pada 25 Oktober lalu berhubung ketidakpuasan hatinya terhadap video berkaitan kes itu yang tular di media sosial."Laporan yang dibuat pengetua itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Bagaimanapun, kita akan meneliti perkara ini secara terperinci menerusi siasatan yang dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes berkenaan yang mendapat perhatian selepas video berkaitan dakwaan itu tular di media sosial.Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, keluarga pelajar berkenaan dipercayai telah menyerang pengetua itu susulan dakwaan bahawa lelaki terbabit menghubungi pelajar berkenaan.Beliau berkata, siasatan masih berjalan dengan sembilan individu sudah dirakam percakapan dan pihak polis akan meneliti semua aspek berkaitan kes berkenaan.Sebelum ini media melaporkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan pengetua melakukan gangguan seksual terhadap pelajarFadhlina dilaporkan turut memaklumkan pengetua berkenaan juga sudah ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk sehingga siasatan oleh JPN selesai.
Polis siasat pengetua sekolah didakwa lakukan gangguan seksual terhadap pelajar

Key takeaways
Polis menyiasat pengetua sekolah didakwa lakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan Tingkatan Tiga.
- Pengetua berusia 56 tahun disiasat mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
- Pengetua membuat laporan polis berhubung video kes itu yang tular di media sosial.
- Siasatan masih berjalan dengan sembilan individu dirakam percakapan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Polis siasat penemuan bungkusan misteri di sembilan sekolah
- Sinar Harian Polis siasat pengetua sekolah didakwa lakukan gangguan seksual terhadap pelajar (this story)








