KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pelaburan dalam projek pembangunan Battersea di United Kingdom (UK) mengalami kerugian berikutan kos pelaburan asal yang terlalu tinggi.Beliau berkata, projek tersebut sedang diusahakan untuk dipulihkan, namun pengalaman itu perlu dijadikan pengajaran supaya keputusan pelaburan di luar negara dibuat dengan lebih teliti."Rasional yang dibangkitkan oleh Pasir Gudang (Hasan Abdul Karim) itu tepat. Mengapa kita agak terlalu terburu-buru untuk melabur di luar (negara)."Cuma kita juga faham bahawa dalam badan dan dana besar KWAP (Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Khazanah dan PNB juga mengambil ketetapan untuk mencari ruang-ruang dalam dan luar negara," katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pada Selasa.Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, kerajaan sejak tiga tahun lalu menetapkan keutamaan kepada pelaburan domestik, dengan sasaran awal sekurang-kurangnya 20 peratus sebelum ditingkatkan berdasarkan kesediaan dan keupayaan institusi berkaitan.Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, pendekatan tersebut turut membuka ruang kepada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk melaksanakan pelaburan berjumlah RM150 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang.Bagaimanapun beliau berkata, sebahagian pelaburan di luar negara turut menjana keuntungan tinggi dan kerugian dalam pelaburan tertentu tidak seharusnya menggambarkan keseluruhan prestasi sesebuah institusi.Sementara itu mengulas pelaburan dalam syarikat teknologi pertanian Indonesia, eFishery, Anwar menjelaskan, pelaburan itu hanya mewakili 2.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan KWAP."Jadi kalau kita nak tegur munasabah, tetapi janganlah ambil kegagalan eFishery itu mewakili keseluruhan KWAP."Saya nak tegaskan sekali lagi untung KWAP (ialah) RM8 bilion, kerugian dari eFishery yang melibatkan Temasek, Sukio, United States dan SoftBank 2.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan mereka."Memang kita setuju, kita lebih teliti dan jangan berulang sepertimana pelaburan di Battersea di UK," ujarnya.
Kerajaan perketat penelitian pelaburan luar negara, elak kesilapan Battersea

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui kerugian projek Battersea dan menegaskan kerajaan kini memperketat penilaian pelaburan luar negara. Beliau menekankan keutamaan kepada pelaburan domestik sejak tiga tahun lalu untuk mengelakkan kesilapan masa depan.
- Kerajaan menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 20 peratus pelaburan domestik sejak tiga tahun lalu.
- Pelaburan KWAP dalam syarikat teknologi pertanian Indonesia, eFishery, hanya mewakili 2.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan.
- Anwar menyatakan kerugian projek tertentu tidak seharusnya menggambarkan keseluruhan prestasi institusi pelaburan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kerajaan perketat syarat pusat data, kenakan tarif elektrik ikut pasaran
- Utusan Malaysia Iran tolak pemindahan uranium diperkaya ke luar negara
- Utusan Malaysia Pelaburan luar negara akan diperiksa lebih teliti
- Sinar Harian Kerajaan perketat penelitian pelaburan luar negara, elak kesilapan Battersea (this story)






