KUANTAN – Kejayaan Allahyarham Dr Siti Hawa Apandi menamatkan pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) meskipun menghidap spinal muscular atrophy (SMA) menjadi inspirasi kepada golongan inklusif.Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 37 tahun itu berjaya menamatkan pengajian dari peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana sebelum memperoleh PhD dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).Anak ketiga daripada lima beradik itu juga merupakan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai 'First SMA Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University'.Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada universiti itu, namun pencapaian akademik dan semangatnya akan terus menjadi inspirasi kepada warga kampus."Semangat Allahyarham sebagai seorang daripada golongan inklusif menjadi ikon kepada UMPSA kerana beliau bersama kami sejak peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana sehingga berjaya memperoleh ijazah kedoktoran."Kami sentiasa mengikuti perkembangannya dengan sokongan penyelia dan Pengarah Pusat Perkhidmatan Inklusif (PPi)/Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) UMPSA, Dr Munirah Abdul Razak," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Seri Mahkota Aman di sini pada Selasa.Menurut Yatimah, sokongan dan pengorbanan ibu bapa Allahyarham yang sentiasa berada di sisinya sepanjang pengajian di UMPSA turut menjadi antara pendorong kejayaan tersebut."Kami merasakan ini satu kehilangan yang sangat besar. Allahyarham sentiasa menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada warga kampus, terutamanya golongan inklusif."Kita berdoa semoga beliau tergolong dalam kalangan orang yang dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang beriman," ujarnya.Dalam pada itu, Yatimah memaklumkan artikel khas mengenai Allahyarham dan ekosistem inklusif yang diusahakan bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah diterbitkan pada 20 Oktober lalu.Beliau berkata, sebuah buku khas mengenai perjalanan hidup dan perjuangan Allahyarham yang diusahakan bersama penyelia serta Pusat Inklusif UMPSA kini berada dalam fasa perancangan untuk diterbitkan.Sementara itu, penyelia utama Allahyarham, Ts Dr Jamalluddin Salim dari Fakulti Komputeran UMPSA berkata, ketekunan Siti Hawa meneruskan pengajian hingga ke peringkat PhD walaupun berdepan keterbatasan fizikal menjadi kenangan tersendiri buatnya.Menurutnya, Allahyarham mempunyai tiga sifat utama yang diringkaskan sebagai DSP, iaitu disiplin, kebolehan menyusun kerja secara berstruktur dan pandai."Sebagai penyelia, saya sebenarnya tidak banyak menguruskannya kerana Allahyarham seorang yang sangat berdisiplin dan sentiasa mengingatkan saya mengenai tarikh akhir atau perkara yang perlu dihantar," katanya.Dr Jamalluddin berkata, keupayaan pergerakan tangan Allahyarham semakin terbatas secara berperingkat sepanjang tempoh pengajiannya."Pada
Semangat Dr Siti Hawa inspirasi golongan inklusif – UMPSA

Key takeaways
Dr Siti Hawa, yang menghidap SMA, menamatkan pengajian hingga PhD di UMPSA dan menjadi inspirasi golongan inklusif.
- Dr Siti Hawa berjaya menamatkan pengajian dari diploma hingga PhD di UMPSA.
- Beliau diiktiraf sebagai peneraju golongan inklusif dalam bidang pendidikan tinggi.
- Sokongan keluarga dan universiti memainkan peranan penting dalam kejayaannya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian PMX suntik semangat penggiat seni - Siti Nurhaliza
- Free Malaysia Today How Siti Hawa achieved a PhD with her mother at her side
- Sinar Harian Semangat Dr Siti Hawa inspirasi golongan inklusif – UMPSA (this story)








