SEPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mempergiat naziran dan audit terhadap pemborong gas petroleum cecair (LPG) berlesen di negeri itu sebagai langkah membanteras kegiatan penyelewengan bahan api berkenaan.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari, berkata tindakan itu dilaksanakan sejak awal Oktober lalu."Setakat ini, dua pemborong utama telah diaudit dan kita akan meneruskan tindakan tersebut bagi memastikan semua pemegang lesen menjalani proses naziran."Masih terdapat 48 pemborong lagi yang akan melalui proses audit dan naziran," katanya kepada pemberita selepas Op Tiris 4.0 di Sungai Pelek di sini pada Selasa.Dalam operasi di kawasan ladang kelapa sawit itu, sebanyak 207 tong LPG berkapasiti 14 kilogram (kg) dan 50kg disita kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.Tiga lelaki turut ditahan membabitkan dua pekerja warga asing dan seorang individu yang disyaki pemilik premis berkenaan.Muhamad Hanif berkata, KPDN Selangor kini sedang memperhebat usaha pengauditan dan naziran terhadap pemborong LPG di seluruh negeri."Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pemindahan gas secara haram, mereka boleh menghubungi KPDN Selangor."Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau sindiket yang menyelewengkan barang kawalan demi memastikan subsidi negara sentiasa dilindungi," katanya.Beliau berkata, bagi tahun 2026, KPDN Selangor merekodkan 143 kes melibatkan barang kawalan dengan nilai rampasan keseluruhan RM4.1 juta.Daripada jumlah itu, dua kes membabitkan kegiatan pemindahan LPG secara haram atau decanting dengan nilai rampasan RM93,000.Secara keseluruhan, sebanyak 2,198 kes direkodkan di bawah pelbagai akta sepanjang tahun ini dengan nilai rampasan mencecah RM10.4 juta.
KPDN Selangor audit pemborong LPG berlesen

Key takeaways
KPDN Selangor mempergiat audit terhadap pemborong LPG berlesen untuk membanteras penyelewengan, dengan 48 pemborong lagi akan diperiksa. Operasi Op Tiris 4.0 di Sepang telah menyita 207 tong gas dan menahan tiga suspek.
- Audit dan naziran bermula awal Oktober dan dua pemborong utama telah selesai diperiksa.
- Sebanyak 207 tong LPG berkapasiti 14kg dan 50kg disita dalam operasi di Sungai Pelek.
- Tiga lelaki ditahan, termasuk dua pekerja warga asing dan seorang suspek pemilik premis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today KPDN siasat aduan petrol campur air di Selangor
- Sinar Harian KPDN Selangor audit pemborong LPG berlesen (this story)







