MELAKA - Isu penolakan calon di beberapa DUN termasuk Durian Tunggal dan Pantai Kundor akan diselesaikan secara dalaman dan tidak ke arah pertukaran calon.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan merupakan perkara biasa yang turut berlaku kepada parti lain setiap kali pilihan raya diadakan.Menurutnya, BN akan mengambil langkah sewajarnya bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap permasalahan yang timbul."Kita akan lakukan langkah-langkah penyelesaian secara dalaman."Dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Negeri, apatah lagi Pilihan Raya Umum, memang ada permasalahan seperti ini. Bukan hanya kepada BN, tetapi berlaku juga kepada parti-parti gabungan yang lain."Ini sesuatu yang lazim dan tidak ada sesuatu yang mustahil untuk kita cari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kemungkinan BN menilai semula senarai 21 calon yang diumumkan sebelum ini menjelang hari penamaan calon pada 31 Oktober.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pemerkasaan Wanita melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (JELITA) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Selasa.Ditanya sama ada penyelesaian dalaman itu turut melibatkan pertukaran calon, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak melihat perkara itu akan berlaku."Saya tidak nampak ke arah itu," katanya.Isu penolakan calon di DUN Durian Tunggal tercetus susulan kekecewaan sebahagian pengundi yang disuarakan menerusi media sosial berhubung keputusan BN tidak menamakan semula penyandang terdahulu, Datuk Zahari Abd Kalil, yang disifatkan telah memberikan khidmat baik kepada penduduk.Sementara itu, keputusan BN menamakan semula penyandang DUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi, turut didakwa mengundang penolakan dalam kalangan pengundi yang mempersoalkan prestasi beliau sepanjang menjadi wakil rakyat.
Penolakan calon: BN selesai secara dalaman, tiada pertukaran calon

Key takeaways
BN akan menyelesaikan isu penolakan calon di beberapa DUN secara dalaman tanpa melakukan pertukaran calon. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perkara ini adalah biasa dalam pilihan raya dan parti akan mencari penyelesaian terbaik.
- Isu penolakan calon di DUN Durian Tunggal dan Pantai Kundor akan diselesaikan secara dalaman.
- BN tidak akan menukar calon yang telah diumumkan sebelum ini.
- Ahmad Zahid Hamidi menyatakan isu sedemikian lazim berlaku dalam mana-mana pilihan raya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik
- Utusan Malaysia TFC selesai isu sekatan pindahan secara profesional
- Utusan Malaysia BN yakin kemelut rundingan kerusi selesai sebelum penamaan calon
- Sinar Harian Penolakan calon: BN selesai secara dalaman, tiada pertukaran calon (this story)








