KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 daripada 39 hospital negeri dan pakar major di seluruh negara merekodkan purata masa menunggu kurang daripada lapan jam untuk kemasukan ke wad dari jabatan kecemasan setakat Jun tahun ini.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pencapaian tersebut meningkat berbanding tahun 2025 yang mana hanya 55.26 peratus hospital terlibat mencatatkan purata masa menunggu katil kurang dari 480 minit."Manakala sejumlah 94 daripada 103 terdiri daripada hospital pakar minor dan hospital tanpa pakar mencatatkan purata masa menunggu katil kurang dari 240 minit atau empat jam."KKM melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu kesesakan fasiliti kesihatan awam khususnya di hospital utama," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH - Port Dickson) mengenai langkah kementerian bagi mengatasi kesesakan supaya pesakit tidak terus menunggu lama dan mendapat rawatan serta kemasukan wad segera.Dalam pada itu, Dzulkefly menjelaskan, KKM telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan awam, termasuk memantau petunjuk masa menunggu.Dalam jangka pendek, beliau menjelaskan, kementerian memperkenalkan inisiatif penyumberan luar pada tahun 2024 yang meliputi 14 perkhidmatan dan telah memberi manfaat kepada lebih 50,000 pesakit di 75 hospital KKM."Bagi jangka pendek dan sederhana, kementerian juga sedang memperkukuh pengurusan aliran pesakit melalui inisiatif Penjagaan Kesihatan Lean melibatkan penambahbaikan unit pengurusan katil, penyediaan ruang menunggu khusus untuk pesakit yang menunggu untuk dibenarkan pulang, serta penambahbaikan unit jagaan harian."Inisiatif hospital kluster dan jaringan perkhidmatan melalui perkongsian sumber kepakaran, peralatan dan kapasiti katil di antara hospital-hospital dalam kelompok geografi yang berdekatan."Selain itu pengukuhan peranan penjagaan primer dengan memperluaskan peranan klinik kesihatan bagi pengurusan kes stabil dan penyakit kronik," jelasnya.
28 hospital utama rekod masa menunggu wad kurang lapan jam - Dr Dzulkefly

Key takeaways
Menteri Kesihatan menyatakan 28 daripada 39 hospital utama merekodkan masa menunggu wad kurang lapan jam setakat Jun, meningkat daripada tahun 2025. KKM melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengatasi kesesakan fasiliti kesihatan awam.
- 94 daripada 103 hospital pakar minor dan tanpa pakar merekodkan masa menunggu katil kurang empat jam.
- Inisiatif penyumberan luar 2024 memberi manfaat kepada lebih 50,000 pesakit di 75 hospital KKM.
- KKM memperkukuh pengurusan aliran pesakit melalui inisiatif Penjagaan Kesihatan Lean.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian 28 hospital utama rekod masa menunggu wad kurang lapan jam - Dr Dzulkefly (this story)
- Berita Harian 28 hospital utama catat masa menunggu katil kurang 8 jam







