ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melaksanakan langkah penambahbaikan bagi mengurangkan masa menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra, dekat sini.
Ia susulan beberapa hantaran serta video tular berkaitan penyampaian perkhidmatan di hospital itu.
JKN Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum kebimbangan orang ramai, khususnya berhubung masa menunggu pesakit dan dakwaan mengenai anggota bertugas.
“Berhubung dakwaan anggota tidur ketika bertugas, hasil semakan mendapati anggota terbabit sedang menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.






