Ipoh: Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk, dekat sini, yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap pelajar tampil membuat laporan polis susulan videonya ditularkan.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 56 tahun itu membuat laporan pada Ahad lalu iaitu sehari selepas laporan polis yang dibuat oleh keluarga mangsa pada 24 Oktober lalu.
Menurutnya, lelaki itu membuat laporan atas ketidakpuasan hati video tular yang memaparkan dia diserang oleh keluarga pelajar tingkatan tiga itu, selain tindakan dia diserang oleh keluarga mangsa.
Susulan itu, Mohd Alwi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kerana penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian.








