Washington: Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengarahkan kerja penebangan pokok di sebuah padang golf awam di Washington dihentikan.

Ia selepas ratusan pokok ditebang bagi menjayakan projek yang menjadi keutamaan Presiden Donald Trump di tengah-tengah ibu negara Amerika Syarikat (AS).

Trump, yang meminati sukan golf dan memiliki beberapa padang golf di seluruh dunia, mahu padang golf awam East Potomac Golf Links di Washington yang menawarkan kadar permainan berpatutan itu dinaik taraf menjadi kemudahan yang mampu menganjurkan kejohanan utama bertaraf tinggi.

"Mahkamah melarang defendan daripada menebang atau merosakkan mana-mana pokok tambahan di Padang Golf East Potomac dan mengarahkan mereka memberikan notis bertulis 10 hari bekerja lebih awal sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian yang tidak boleh dipulihkan terhadap mana-mana bentuk atau ciri East Potomac Park, sementara menunggu keputusan litigasi ini," tulis Hakim Daerah, Ana Reyes, dalam perintah setebal 70 halaman yang dikeluarkan pada Isnin.