Tangkap layar satu video tular menunjukkan lelaki dipercayai pengetua itu berdepan wanita yang mahu mendapatkan penjelasannya. (Gambar Threads)PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pengetua melakukan gangguan seksual terhadap pelajar.
Menurut beliau, pengetua terbabit juga sudah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk buat sementara sehingga siasatan selesai.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi komen menerusi akaun miliknya di hantaran tular insiden itu di Threads, hari ini, lapor Harian Metro.
Terdahulu, hantaran tular berkenaan memohon ibu bapa dan masyarakat di Teluk Intan, Perak supaya berhati-hati berikutan dakwaan membabitkan pengetua di sebuah sekolah menengah kerajaan.







