Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pengetua melakukan gangguan seksual terhadap pelajar.

Fadhlina turut memaklumkan pengetua berkenaan juga sudah ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk sehingga siasatan selesai.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi komen melalui akaun miliknya pada hantaran tular berkaitan kejadian berkenaan di Threads, hari ini.

Terdahulu, hantaran tular berkenaan memohon ibu bapa dan masyarakat di Teluk Intan, Perak supaya berhati-hati susulan dakwaan membabitkan pengetua di sebuah sekolah menengah kerajaan.