KUDAT – Seorang pekerja kapal ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kapal yang berlabuh di Jeti Ko-Nelayan di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa lelaki warga Filipina berusia lingkungan 20-an dilaporkan terjatuh ke laut pada Isnin.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darikson Galanang, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Kudat berhubung kejadian itu pada jam 10.37 malam.Menurutnya, sepasukan anggota segera dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira satu kilometer dari BBP Kudat."Menurut laporan, seorang pekerja kapal telah terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal yang berlabuh di Jeti Ko-Nelayan."Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian telah menjalankan usaha pencarian dengan menyelam di sekitar jeti dan lokasi mangsa dipercayai terjatuh, namun gagal menemukannya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Beliau berkata, pasukan bomba bersama polis kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian."Hasil perbincangan bersama pihak polis, operasi SAR ditangguhkan berikutan keadaan persekitaran yang gelap dan disambung semula pada keesokan pagi."Operasi disambung pada jam 9.20 pagi menggunakan bot penyelamat bomba di sekitar kawasan jeti."Pada jam 10.20 pagi, mangsa berjaya ditemui oleh seorang nelayan yang melakukan selaman di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Operasi ditamatkan pada jam 11 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.
Nelayan temui mayat pekerja kapal yang hilang sejak Isnin

Key takeaways
Seorang pekerja kapal warga Filipina ditemukan lemas di Kudat selepas dipercayai terjatuh dari kapal yang berlabuh di Jeti Ko-Nelayan pada Isnin.
- Mangsa berusia lingkungan 20-an dilaporkan terjatuh ke laut pada kira-kira jam 10.30 malam.
- Rakan mangsa cuba mencari dengan menyelam di sekitar jeti namun gagal menemukannya.
- Operasi mencari dan menyelamat oleh bomba dan polis ditangguhkan kerana keadaan gelap.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Berita Harian Temui mayat bayi, wanita direman 4 hari
- Berita Harian Pukat ditebar, buaya pula yang tersangkut - Nelayan
- Sinar Harian Nelayan temui mayat pekerja kapal yang hilang sejak Isnin (this story)








