SHAH ALAM – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menipu RM1.65 juta bagi pembelian dusun durian di Raub, dua tahun lalu.Chan Huann Heng, 58, yang juga ahli perniagaan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dazuki Ali.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu Pengarah dan Pengerusi syarikat DXN Industries (M) Sdn Bhd, Lim Siow Jin, 66, dengan memperdayakannya bahawa bayaran RM1.65 juta melalui Invois syarikat Topone Solution Sdn merupakan pembelian satu dusun durian di Raub bagi pihak syarikat mangsa.Dia secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahkan wang itu melalui pindahan akaun bank UOB milik DXN Industries ke Maybank atas nama Topone Solution di Jalan Kelab Tropicana di sini pada 5 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000."Ia mengambil kira kes yang dipertuduhkan melibatkan nilai jutaan ringgit," katanya.Bagaimanapun, peguam, Dhanesh Subramaniam Nair yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik sejak kes itu disiasat."Saya mohon kadar jaminan itu dikurangkan kerana perniagaannya terjejas akibat kes berkenaan," katanya.Selepas mendengar permohonan berkenaan, Dazuki membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 30 November depan.
CEO syarikat buah didakwa tipu RM1.65 juta pembelian dusun durian di Raub

Key takeaways
Seorang CEO didakwa menipu RM1.65 juta dalam pembelian dusun durian di Raub dua tahun lalu.
- CEO syarikat buah mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu RM1.65 juta.
- Pembayaran dilakukan melalui Invois syarikat Topone Solution Sdn.
- Tertuduh diiktiraf dikenakan ikat jamin RM100,000 oleh SPRM.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia CEO syarikat ditahan tipu urusan beli dusun durian RM1.65 juta
- Utusan Malaysia CEO didakwa tipu perniagaan dusun durian RM1.65 juta
- Sinar Harian CEO syarikat buah didakwa tipu RM1.65 juta pembelian dusun durian di Raub (this story)








