KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Entiti Milik Kerajaan bagi memperketat tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha mengelakkan penyelewengan serta memastikan pengurusan mengikut prinsip tatakelola yang sewajarnya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu bertujuan mewujudkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang lebih jelas berdasarkan pengalaman lalu yang menunjukkan wujud kelemahan ketara dalam aspek tadbir urus entiti berkaitan kerajaan."Kalau kita lihat pengalaman lalu, memang ada kekuatan dan juga kelemahan. Perkara ini telah dilaporkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pasukan petugas khas, Kertas Putih 1MDB, Felda dan Tabung Haji."Pelanggaran itu agak banyak dan tentunya keterlaluan serta sukar untuk dipertahankan."Sebab itu saya rasa RUU tersebut perlu menetapkan kaedah yang ketat. Walaupun melibatkan GLC, aspek tadbir urus mesti diperketatkan. Hak, kuasa dan individu yang diberikan tanggungjawab itu perlu lebih bertanggungjawab serta tidak menjadikan entiti berkenaan sebagai hak milik peribadi atau keluarga," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) berhubung langkah memperkukuh tadbir urus korporat GLC dan badan berkanun bagi mengelakkan berulangnya penyelewengan yang pernah melibatkan institusi kerajaan.Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa antara kelemahan yang perlu ditangani ialah aspek pengawasan terhadap syarikat subsidiari yang tidak semestinya tertakluk kepada kawalan sama seperti agensi induk.Menurutnya, keadaan tersebut memerlukan ketetapan undang-undang yang lebih jelas dan menyeluruh.Beliau turut mengakui usaha memperkukuh tadbir urus sering berdepan tentangan daripada kelompok berkepentingan termasuk elit politik dan usahawan yang sudah lama terbiasa dengan amalan terdahulu."Kadang-kadang kelompok elit ini, sama ada politik atau usahawan, sudah biasa dengan budaya tersebut."Jadi apabila ada kekangan dan sekatan, tentangan serta bantahan juga kuat. Ia memerlukan tekad politik untuk kita hadapi, meskipun pelbagai hujah berkaitan prinsip dan kepentingan dibangkitkan," katanya.
Kerajaan pertimbang RUU baharu, perketat tadbir urus GLC

Key takeaways
Kerajaan mempertimbangkan RUU baru untuk memperketat tadbir urus GLC dan mengelakkan penyelewengan.
- RUU ini bertujuan memperbaiki kelemahan tadbir urus GLC berdasarkan pengalaman lalu.
- Perdana Menteri menekankan perlunya undang-undang yang jelas untuk mengawal syarikat subsidiari GLC.
- Pengawasan terhadap GLC perlu diperketat untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kerajaan perketat syarat pusat data, kenakan tarif elektrik ikut pasaran
- Free Malaysia Today Kerajaan pertimbang haram Waze
- Sinar Harian Kerajaan pertimbang RUU baharu, perketat tadbir urus GLC (this story)








