KUALA LUMPUR – Kerajaan melarang campur tangan ahli politik dalam menentukan projek dan keutamaan pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi memastikan dana berkenaan diurus secara profesional dan bertanggungjawab.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pelaburan perlu ditentukan oleh badan yang dianggotai golongan profesional serta pakar dalam bidang berkaitan, bukannya dipengaruhi kepentingan politik.
“Kita melarang sama sekali campur tangan mana-mana tokoh politik dalam menentukan projek dan keutamaan pelaburan. Penentuan projek










