Manchester: Pengerusi Pengawal Selia Bebas Bola Sepak England (IFR), David Kogan, menegaskan beliau sanggup meletak jawatan sekiranya berlaku campur tangan politik dalam sebarang siasatan pada masa depan, termasuk kes Manchester City yang berdepan pertuduhan melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris.
Kogan berkata, kebebasan badan pengawal selia itu tidak boleh dikompromi, terutama ketika City mencabar keputusan suruhanjaya bebas yang mendapati kelab itu bersalah atas lebih 100 pertuduhan berkaitan pelanggaran peraturan kewangan liga.
City menafikan sebarang salah laku dan mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan, dengan kelab itu berdepan kemungkinan dikenakan hukuman berat sekiranya gagal mengetepikan dapatan tersebut.








