KUALA LUMPUR – Peruntukan pembangunan kawasan (CDF) disalurkan terus kepada projek yang diluluskan dan bukannya diberikan secara langsung kepada Ahli Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan projek pembangunan ditentukan berdasarkan keperluan kawasan serta tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri dan kementerian berkaitan.
Menurut beliau, dakwaan bahawa kawasan Parlimen pembangkang dipinggirkan dalam pengagihan peruntukan pembangunan adalah tidak benar.
“Projek tidak semestinya perlu disalurkan melalui Ahli Parlimen. Malah, di kawasan yang diwakili parti kerajaan s









