GEORGETOWN: Isu kesihatan mental, pengabaian keluarga selain sikap enggan mematuhi arahan dan peraturan dikenal pasti antara faktor menyumbang kepada isu gelandangan berulang yang kembali ke jalanan selepas ditempatkan di Pusat Transit Harapan (PTH) Pulau Pinang.
EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim, berkata sebahagian gelandangan yang direkodkan kerap keluar masuk PTH didapati mempunyai masalah kesihatan mental dan dihantar ke dalam masyarakat selepas diberi rawatan dan bimbingan bersesuaian.
"Kebanyakan gelandangan yang kembali berkumpul di tepi jalan adalah pesakit mental yang dikembalikan ke komuniti selepas menerima bantuan rawatan, namun mereka diabaikan tanpa pemantauan ubat oleh ahli keluarga.








