KEMAJUAN teknologi bukan sekadar memudahkan urusan harian, malah membuka pelbagai peluang baharu dalam kehidupan masyarakat seiring perubahan dunia yang semakin berkembang pesat.
Peluang ini turut melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) menikmati akses maklumat dan menjalani kehidupan lebih berdikari.
Seiring perkembangan itu, sebuah inovasi, My Assistive Technology Access (MATA) tercipta yang merupakan hasil kerjasama EDOTE Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kota Buku (Kota Buku) dalam memperluas akses kepada bahan bacaan yang lebih inklusif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku, Adibah Omar, MATA muncul sebagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan peranti bantuan digital khusus untuk komuniti OKU penglihatan di Malaysia.









