Kota Bharu: Aktivis masyarakat mendedahkan taktik terbaru untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menggunakan kenderaan syarikat kurier.
Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd Adnan mendedahkan taktik terbaru itu melalui hantarannya dalam satu rakaman video di Facebook.
Dalam video berkenaan, Abbe Hae berkata, ahlinya sempat merakam pergerakan PATI di Wakaf Che Yeh, petang Sabtu lalu.
Menurutnya, secara kebetulan ahli NGO berada di lokasi kejadian sebelum melihat dua lelaki, dipercayai warga asing menghampiri van syarikat kurier sebelum seorang individu dipercayai PATI keluar dari kenderaan itu.








