Kuala Lumpur: Status juara bertahan Kejohanan Golf Maybank 2026 tidak memberi tekanan kepada pemain sensasi Jepun, Miyu Yamashita, sebaliknya menyuntik keterujaan untuk kembali beraksi di pentas yang menyaksikan kejayaannya tahun lalu seterusnya memburu kejuaraan ketiga tahun ini.

Miyu hadir dengan reputasi semakin gah selepas meraih dua gelaran Jelajah LPGA musim ini, sekali gus menjadikan pemain berusia 25 tahun itu antara tumpuan utama pada kejohanan kali ini.

Mengakui tidak berasa terlalu tertekan, Miyu berkata dia tidak sabar untuk kembali beraksi di KLGCC bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi 2025.

"Sejujurnya, saya tidak berasa terlalu tertekan. Saya sangat menantikan peluang untuk kembali bertanding di sini sebagai juara bertahan selepas menjuarai kejohanan ini tahun lalu," katanya.